Nation
13K

CFO Kumpulan Maybank letak jawatan

Kuala Lumpur – Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (GCFO) Malayan Banking Bhd (Maybank) Datuk Amirul Feisal Wan Zahir telah meletak jawatan untuk memegang tanggungjawab sebagai Pengarah Urusan di institusi berkaitan kerajaan, lapor Bernama.

Maybank dalam satu kenyataan hari ini berkata peletakan jawatan Amirul akan berkuat kuasa menjelang 15 Julai depan.

“Maybank telah memulakan proses mengenal pasti GCFO baharu, sejajar dengan pelan penggantian sedia adanya.

“Kami akan membuat pengumuman apabila keputusan dibuat,” kata bank itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Abdul Farid Alias berkata Maybank telah melantik pengawal kewangan kumpulan, Khalijah Ismail sebagai pemangku GCFO bagi menyelia fungsi kewangan kumpulan.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu