Nation
136
0

Covid-19: 10 lagi sekolah rendah ditutup di Terengganu

Kuala Terengganu – Jabatan Kesihatan negeri (JKNT) mengesahkan 10 lagi sekolah rendah ditutup mulai hari ini bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan susulan terdapat kes positif Covid-19, dilaporkan hari ini.

Sekolah yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kesom, SK Bukit Petiti, SK Pulau Manis, SK Manir, SK Tengku Ampuan Mariam, SK Kedai Buloh, SK Tok Dir, SK Pusat Kuala Ibai, SK Seri Budiman dan SK Gong Tok Nasek.

Penutupan sekolah itu disahkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus ketika dihubungi.

Menurutnya, semua sekolah itu diarahkan ditutup selama tujuh hari bermula hari ini hingga akhir bulan ini untuk proses sanitasi.

Semalam, JKNT mengarahkan dua sekolah iaitu SK Sultan Sulaiman 1 dan SK Paloh, ditutup selama 14 hari bagi proses sanitasi susulan terdapat lapan kes positif Covid-19.

Arahan penutupan sekolah itu dikeluarkan mengikut Seksyen 18 (1)(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Kegagalan mematuhi arahan kerja membasmi kuman adalah satu kesalahan dibawah Seksyen 22 (b) Akta 342 dan apabila disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 24 (a) akta yang sama boleh dipenjarakan selama tempoh tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. – Harian Metro

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu