Nation
132

Covid-19: 1,482 kes baharu

Putrajaya – Sebanyak 1,482 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 661 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 345,500 kes.

Katanya, selain Selangor, dua negeri lain turut mencatatkan kes tiga angka hari ini iaitu Sarawak dengan 176 kes baharu, manakala Pulau Pinang mencatatkan 200 kes.

“Negeri lain yang mencatatkan kes hari ini ialah Johor (86); Sabah (69); Kelantan (57); Kuala Lumpur (42); Melaka (41); Kedah (37); Pahang (36); Negeri Sembilan (32) dan Perak (31).

“Sementara itu, empat negeri lagi mencatatkan kes satu angka iaitu Labuan dengan lapan kes baharu diikuti Putrajaya (tiga); Terengganu (dua) dan Perlis (satu),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu