Nation
66

Covid-19 : 20 sekolah di P. Pinang ditutup

George Town – Sebanyak 20 buah sekolah di Pulau Pinang ditutup dua hari bermula hari ini susulan terdapat kes COVID-19 di sekolah terlibat, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Abdul Rashid Abdul Samad.

Beliau berkata penutupan itu melibatkan sekolah menengah dan rendah namun enggan memperincikannya.

“Semua sekolah terlibat ditutup selama dua hari bagi proses sanitasi. Pihak sekolah akan menilai semula sebelum sebarang tindakan lanjut dibuat (membuka atau meneruskan penutupan sekolah).

“Bagi sekolah yang ditutup, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berjalan mengikut jadual persekolahan seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu