Nation
67

Covid-19 : 2,148 kes baharu hari ini

Putrajaya – Sebanyak 2,148 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dan ia jumlah tertinggi direkodkan sejak Mac lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, Sarawak mencatatkan kes harian tertinggi hari ini dengan 512 kes diikuti Selangor iaitu 459 kes serta Kelantan sebanyak 221 kes.

“Semua negeri mencatatkan pertambahan kes baharu hari ini dan Perlis mencatatkan kes harian terendah iaitu hanya satu kes,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan COVID-19 di negara ini sebanyak 367,977 kes.

Semalam, jumlah kes harian COVID-19 kembali menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 1,889 kes manakala kelmarin, sebanyak 1,767 kes baharu direkodkan. – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu