Nation
182

Covid-19: 2,154 kes baharu, 6 kematian

Putrajaya – Sebanyak 2,154 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia ialah 310,097 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata lima daripada jumlah kes baharu itu membabitkan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Katanya, Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi hari ini iaitu 794 kes, diikuti Johor dengan 463 kes baharu dan Sarawak iaitu 250 kes.

“Sehingga kini, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini sebanyak 22,034 kes dan daripada jumlah itu, 184 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, manakala 87 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat enam kes kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian disebabkan COVID-19 sebanyak 1,159 kes.

Beliau berkata, sehingga jam 12 tengah hari ini, terdapat 3,275 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 286,904 kes bersamaan 92.52 peratus. – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu