Nation
105

Covid-19: 228,000 kanak-kanak mati tahun lalu

New Delhi – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam laporannya hari ini mendedahkan penularan pandemik COVID-19 kemungkinan secara tidak langsung menyumbang sekitar 228,000 tambahan kematian kanak-kanak tahun lalu.

Ia termasuk 11,000 kematian ibu mengandung dan 3.5 juta kehamilan tidak diingini di Asia Selatan.

Kaji selidik dijalankan Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) menyalahkan ‘pemotongan drastik dalam ketersediaan dan penggunaan perkhidmatan kesihatan awam yang penting’ berikutan pandemik di seluruh India, Pakistan, Nepal, Bangladesh, Afghanistan dan Sri Lanka’ yang menjadi ‘rumah’ kepada seramai 1.8 juta orang, sebagai punca permasalahan itu.

Pengarah Serantau UNICEF, George Laryea-Adjei, berkata kejatuhan perkhidmatan kritikal itu memberi kesan buruk kepada kesihatan dan pemakanan keluarga paling miskin.

“Sangat penting perkhidmatan ini dipulihkan sepenuhnya untuk anak-anak dan ibu yang amat memerlukan serta segala terdaya dilakukan untuk memastikan mereka berasa selamat menggunakannya,” katanya.

Jangkaan itu berdasarkan pemerhatian sebenar perubahan dan model latihan menggunakan data sebelum berlaku wabak di Asia Selatan, di mana pada tahun lalu sahaja serama 1.4 juta kanak-kanak bawah umur lima tahun meninggal dunia.

Dari jumlah itu, 63 peratus adalah bayi baru lahir. Negara di rantau ini sama seperti negara lain, melaksanakan perintah berkurung ketat untuk mengekang penularan COVID-19.

Banyak sekatan dilonggarkan tetapi banyak sekolah masih kekal ditutup.

Laporan itu juga mendedahkan, meskipun terdapat pusat perkhidmatan kesihatan yang tidak ditutup, jumlah orang ke kemudahan itu merosot.

Contohnya di Bangladesh dan Nepal, jumlah kanak-kanak yang dirawat akibat kekurangan zat makanan akut (SAM) menjunam sehingga 80 peratus termasuk vaksinasi bagi golongan itu sama ada di India mahupun Pakistan.

Dengan segelintir 420 juta kanak-kanak di Asia Selatan tidak ke sekolah ekoran penularan pandemik, laporan berkenaan memberi amaran bahawa 9 juta kanak-kanak kemungkinan tidak akan kembali ke sekolah.

Masalah itu dijangka akan menjadi punca peningkatan perkahwinan kanak-kanak.

Kesannya, ia mengakibatkan tambahan 400,000 remaja hamil termasuk jumlah kematian ibu mengandung dan bayi baru lahir serta tumbesaran kanak-kanak terbantut. – AFP

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu