Nation
98

Covid-19: 3 sekolah ditutup di Sibu

Sibu – Tiga sekolah rendah di sini ditutup berkuat kuasa hari ini, susulan penularan COVID-19 dalam kalangan warga sekolah berkenaan.

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sibu dalam kenyataan menjelaskan sekolah terbabit adalah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Methodist, Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Ali dan SK St Mary.

“Sekolah akan ditutup sehingga dimaklum semula selepas perbincangan bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sibu, Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu dan PPD Sibu,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan turut menjelaskan lapan sekolah yang ditutup ketika ini turut dilanjutkan penutupannya sehingga 26 Mac ini.

Sekolah terbabit ialah SK Sungai Durin, SK Ulu Durin Kiba, SK Sungai Naman, SK St Rita, SJK Sacred Heart Chinese, SJK UK Daik, SJK Chung Sing dan SK Sentosa. – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu