Nation
118

Covid-19 : 30 lagi sekolah di Selangor ditutup

Shah Alam – Sebanyak 30 buah sekolah di tujuh buah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Selangor ditutup selama dua hari bermula hari ini.

Penutupan tersebut berikutan terdapat kes Covid-19 termasuk 22 daripadanya melibatkan sekolah rendah.

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor ( JPNS ) dalam pekelilingnya memaklumkan penutupan itu bagi membolehkan ujian saringan kontak rapat dan penilaian risiko dijalankan pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

“Sekolah-sekolah berkenaan melakukan pembersihan serta proses sanitasi semasa tempoh penutupan.

“Selain itu, pihak sekolah terlibat perlu mengadakan perbincangan dengan PKD bersama-sama Pegawai Pendidikan Daerah pada hari pertama penutupan untuk menentukan jika tempoh itu perlu dilanjutkan,” jelasnya.

JPNS turut memaklumkan guru dan pelajar dikehendaki melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) sepanjang tempoh tersebut.

Berikut Sekolah Kebangsaan ( SK), Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) yang ditutup :

PPD KLANG

1. SJKC Perempuan
2. SJKC Tshing Nian
3. SJKC Ying Wah
4. SMK Tengku Ampuan Jemaah
5. SK Klang

PPD KUALA SELANGOR
1. SMK Raja Muda Musa
2. SJKC CHUNG WAH
3. SK Sungai Burung

PPD Sepang
1. SMK Putra Perdana
2. SMK Cyberjaya
3. SK Sungai Rawang

PPD PETALING PERDANA
1. SMK Bandar Puchong Jaya A
2. SK Setia Alam
3. SJKC Shin Cheng
4. SMK Puchong Perdana
5. SK Pusat Bandar Puchong 2
6. SMK Seri Kembangan
7. SJKC Yak Chee

PPD Gombak
1. SK Sg. Pelong
2. SK Hulu Klang

PPD Petaling Utama
1. SJKC Damansara
2. SJKC Sungai Buloh
3. SMK Kelana Jaya

PPD Hulu Langat
1. SK Sungai Ramal Dalam
2. SK Bukit Raya
3. SK Dusun Nanding
4. SJKC Batu Sebelas
5. SJKT Ladang Rinching
6. SK Desa Baiduri
7. SK Bandar Baru Bangi

– Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu