Nation
209
0

COVID-19: 33 anggota, pegawai polis di Sabah masih positif

Kota Kinabalu – Sehingga kini, seramai 33 anggota dan pegawai polis di seluruh Sabah masih positif COVID-19, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali.

Beliau berkata kesemua mereka kini sedang dirawat dan berada dalam keadaan baik serta stabil.

“Selain itu, seramai 232 pegawai dan anggota polis di seluruh Sabah telah diarahkan menjalani kuarantin di pusat kuarantin yang telah disediakan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau program Kempen Derma Darah Polis Kontinjen Sabah, di sini, hari ini.

Beliau berkata jumlah kes jumlah anggota dan pegawai polis yang dikuarantin sering berubah setiap hari berikutan petugas barisan hadapan tersebut sentiasa terdedah dengan penularan COVID-19.

Pada masa sama, beliau berkata setakat hari ini kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) rakyat Sabah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah 98 peratus.

“Mengikut peratusan itu, ia berada di tahap yang baik. Namun polis bersama agensi lain terus melakukan pemantauan agar kadar pematuhan itu dapat dikekalkan atau dipertingkatkan,” tambahnya.

Sementara itu, mengulas mengenai kempen derma darah pada hari ini, Hazani berkata ia dilaksanakan selama dua hari sehingga esok melibatkan lebih 200 anggota dan pegawai polis bagi membantu pesakit yang memerlukan, selain menambah bekalan darah di hospital. -Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu