Nation
279

Covid-19 : 4 ADUN tidak dibenar masuk Sidang DUN

Iskandar Puteri – Seramai empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor tidak dibenarkan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri ke-14 yang masuk hari kedua, hari ini, atas faktor keselamatan dalam mengekang penularan COVID-19.

Speaker Dewan Undangan Negeri Suhaizan Kaiat berkata ADUN Tenggaroh K. Raven Kumar telah disahkan positif COVID-19 Khamis lepas dan kini menjalani kuarantin.

“ADUN Senai Tee Boon Tsong batuk ketika datang pagi tadi, jadi kami tak mahu ambil risiko dan minta dia balik.

“Sementara, ADUN Johor Lama Rosleli Jahari ketika ujian RTK tadi positif, jadi diuji kembali di Hospital Sultanah Aminah, tetapi negatif. Jadi kami minta kedua-duanya kuarantin sehingga Selasa ini,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Suhaizan berkata bagi ADUN Tangkak Ee Chin Li pula beliau tidak dapat menghadiri persidangan sepanjang empat hari ini kerana sedang menjalani kuarantin selepas menjadi kontak rapat positif COVID-19.

Selain empat ADUN berkenaan, bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga ADUN Gambir dan ADUN Simpang Jeram Datuk Seri Salahuddin Ayub juga telah memaklum ketidakhadiran mereka kepada Dewan.

Sebelum ini, persidangan DUN ke-14 yang dirasmikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada Khamis lepas (12 Ogos), ditangguhkan, sebelum bersambung semula hari ini susulan penilaian risiko COVID-19.

Satu daripada langkah pencegahan termasuk mengadakan gelembung perjalanan untuk ADUN yang terlibat serta mewajibkan kesemua ADUN, petugas Dewan serta petugas media mengambil ujian RTK setiap hari sebelum Dewan bersidang, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu