Nation
183

Covid-19 : 8.8 juta dos vaksin diberikan setakat semalam

Kuala Lumpur – Sebanyak 8,800,700 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk negara ini setakat semalam menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian di Twitter, beliau berkata sebanyak 2,539,686 individu telah menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.

“Sebanyak 217,807 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam melibatkan 141,140 dos pertama dan 76,667 dos kedua,” katanya, lapor Bernama.

Lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 342,677 orang diikuti Sarawak (278,528); Johor (266,779); Kuala Lumpur (232,170) dan Sabah (225,690).

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu