Nation
134

Covid-19 : 98% kes Delta di Sarawak berada pada kategori 1, 2

Kuching – Sebanyak 98 peratus daripada 93 kes COVID-19 varian Delta yang dikesan di Sarawak setakat ini, berada pada kategori 1 dan 2, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed.

Katanya pada kategori tersebut keadaan pesakit adalah stabil serta tidak memerlukan bantuan oksigen.

“Hanya satu kes sahaja yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pesakit dalam keadaan stabil. Setakat ini tiada kes kematian dilaporkan melibatkan kes varian Delta,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dr Mohamed Sapian berkata, 93 kes COVID-19 varian Delta itu telah dikesan di Sarawak sejak Mei lalu.

Daripada jumlah itu, bahagian Kuching mencatatkan kes tertinggi iaitu 69 kes, Samarahan (10 kes), Serian (enam kes), Sri Aman (lima kes), Miri (dua kes) dan Sibu (satu kes).

“Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak memohon agar masyarakat di Sarawak tidak leka dan terus waspada, serta mengamalkan saranan dan nasihat-nasihat kesihatan pada setiap masa sebagai kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian.

“Orang ramai juga digalakkan supaya memakai dua lapisan pelitup muka sekiranya berada di tempat berisiko tinggi,” katanya.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu