Nation
141

Covid-19 : Dakwaan 200 penduduk Kampung Pauh Lima lari, palsu

Kota Bharu – Polis Kelantan menafikan dakwaan yang tular di media sosial bahawa 200 penduduk Kampung Pauh Lima, Bachok, dekat sini, lari meninggalkan kampung tersebut kerana enggan menjalani ujian saringan COVID-19.

“Saya mengesahkan berita tersebut adalah palsu. Tindakan boleh diambil oleh pihak berkuasa jika terdapat perlakuan kesalahan di bawah Akta Komunikasi Dan Multimedia (AKM) 1998,” kata Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita-berita palsu, selain perlu merujuk kepada pihak bertanggungjawab dan sentiasa berwaspada dengan penyebaran maklumat atau diragui kesahihannya.

Isnin lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di dua lokaliti di Kelantan iaitu Kampung Pauh Lima, Mukim Gunong dekat Bachok dan Kampung Pauh Lima, Mukim Banggu di Kota Bharu, mulai Rabu (19 Mei) hingga 1 Jun depan. – Bernama

 

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu