Nation
69

Covid-19 : Hospital Selayang pula guna kontena simpan jenazah

Kuala Lumpur – Selepas Hospital Sungai Buloh di Selangor, kini Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas bagi menempatkan mayat pesakit COVID-19.

Ketua Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang Dr Zairee Omar berkata kapasiti peti sejuk untuk penyimpanan mayat yang ditempatkan di unit forensik hospital itu hanya mampu menampung 16 mayat dalam satu-satu masa.

Berikutan itu katanya, Hospital Selayang terpaksa menggunakan kontena khas tersebut sebagai peti simpanan mayat tambahan yang boleh menyimpan 20 mayat.

“Kita terima kontena ini daripada Jabatan Kesihatan Selangor semalam dan kita terpaksa guna kaedah ini kerana peti simpanan mayat sedia ada ketika ini tidak dapat menampung jumlah mayat yang semakin meningkat,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Sebelum ini, Unit Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menggunakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan mayat pesakit COVID-19 berikutan peningkatan kes kematian akibat wabak itu.

Angka korban COVID-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan dengan 59 kes kematian baharu semalam, yang menyaksikan jumlah keseluruhan maut wabak itu kini sebanyak 2,491. – Bernama

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu