Nation
110

Covid-19 : Kadar positiviti 24 kluster dikesan 80%

Putrajaya – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 24 kluster jangkitan COVID-19 di negara ini yang menunjukkan kadar positiviti melebihi 80 peratus.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata sebagai contoh Kluster Alam Jaya Dua yang dikesan di Selangor yang menunjukkan sejumlah 119 individu daripada 141 individu yang disaring, didapati positif COVID-19.

“Ia menunjukkan apabila kita melaksanakan ujian, terdapat kes dengan kadar positiviti tinggi di kawasan tertentu. Kita juga mendaftarkan kes daripada lokasi kluster yang mempunyai kadar positiviti tinggi.

“Ini yang kita gunakan untuk survelan genom dan mengesan varian baharu,” katanya pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), hari ini.

Yang turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin. — BH Online

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu