Nation
258
0

Covid-19: Ketua UMNO Bahagian Ampang, Ismail Kijo meninggal dunia

Kuala Lumpur – Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, disahkan meninggal dunia pada jam 12.33 tengah hari tadi.

Setiausaha UMNO Bahagian Ampang, Mohammad Nowaiser Badawi, mengesahkan Allahyarham meninggal dunia selepas disahkan positif COVID-19.

“Allahyarham Datuk Ismail Kijo meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, hari ini.

“Urusan pengebumian akan diuruskan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) selepas mengalami gejala COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan.

Allahyarham mula dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan sejak minggu lalu. – BH Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu