Nation
117

Covid-19 : Kontak rapat penyumbang terbesar kes di Sabah

Kota Kinabalu – Kontak rapat terus menjadi penyumbang terbesar kepada kes baharu COVID-19 di negeri ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Beliau yang juga jurucakap COVID-19 Sabah berkata kontak rapat menyumbang sebanyak 618 kes atau 49.24 peratus daripada keseluruhan 1,255 kes baharu yang direkodkan hari ini.

“Selain itu, kategori bergejala melibatkan 247 kes atau 19.68 peratus, manakala kes daripada saringan kluster sebanyak 131 kes atau 10.43 peratus.

“Kes-kes baharu yang diperoleh melalui saringan bersasar di lokasi-lokasi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) pula menyumbang 187 kes (14.9 peratus) dan lain-lain 72 kes (5.73 peratus),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata jumlah kes positif COVID-19 di Sabah hari ini merekodkan sedikit penurunan iaitu sebanyak 36 kes, berbanding 1,291 kes yang dicatatkan semalam (6 Ogos).

Sementara itu, Masidi berkata terdapat dua kluster baharu dicatatkan di Sabah iaitu Kluster Sarikan, Nabawan dan Kluster Lebuh Empat, Sandakan, yang melibatkan tahanan di penjara dan pusat tahanan sementara, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu