Nation
192
0

Covid-19: KWSP cawangan Shah Alam ditutup

Kuala Lumpur – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menutup sementara pejabat dan kaunter Shah Alam sehingga diberitahu kelak, selepas beberapa kakitangan di cawangan itu diuji positif Covid-19.

Ini sebagai mengikuti arahan daripada Kementerian Kesihatan untuk premis yang terlibat dengan pandemik, agar dijalankan pembasmian kuman dan sanitasi.

“Pekerja tersebut kini dalam rawatan manakala pengesanan kontak sedang dijalankan,” kata KWSP dalam satu kenyataan semalam.

Semua kakitangan di cawangan itu akan mengambil ujian swab dan jika didapati positif, akan menjalani kuarantin wajib selama 10 hari.

Semua cawangan lain akan meneruskan langkah penjarakan fizikal dan prosedur operasi standard pencegahan lain dalam mengurangkan penularan wabak Covid-19.

“Anggota dinasihatkan untuk berurus niaga secara dalam talian melalui i-Akaun bagi perkhidmatan tertentu atau menjadualkan semula lawatan mereka ke satu tarikh yang akan datang melalui kemudahan Janji Temu Online jika terdapat keperluan untuk hadir ke cawangan KWSP secara peribadi,” katanya.

Selain itu, cawangan Lahad Datu akan dibuka semula pada 4 Februari selepas ditutup sejak 20 Januari apabila beberapa kakitangannya diuji positif Covid-19. — Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu