Nation
137

Covid-19 : Lebih 23.6 juta dos vaksin diberikan setakat semalam

Kuala Lumpur – Sebanyak 23,608,290 dos vaksin COVID-19 sudah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan, daripada jumlah itu seramai 15,350,180 orang menerima suntikan dos pertama, manakala 8,258,110 lagi menerima dos kedua.

“Mengikut peratusan, sebanyak 47 peratus daripada populasi negara mendapat dos pertama, manakala 25.3 peratus melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 mereka,” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 447,035 dos diberikan semalam dengan 187,756 pemberian dos pertama, manakala 259,279 lagi adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara, lapor Bernama.

Tags: ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu