Nation
92

Covid-19 : Lebih 42 juta dos vaksin sudah diberikan

Kuala Lumpur – Sebanyak 42,699,197 dos vaksin Covid-19 telah diberikan setakat semalam menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Jawantankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi Twitter rasminya hari ini memaklumkan, jumlah penerima dos pertama sebanyak 23,007,292, manakala 19,784,628 orang sudah menerima dos kedua.

Menurut perkongsian itu, setakat semalam juga sebanyak 93.8 peratus jumlah populasi negara mendapat dos pertama, manakala 84.4 peratus lengkap dua dos vaksin.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam pula mencatatkan 323,335 dos dengan 172,388 menerima dos pertama dan 150,947 dos kedua.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu