Nation
126

Covid-19 : Majlis hari jadi cetus kluster Kimolohing di Ranau

Kota Kinabalu – Majlis hari jadi dipercayai menjadi pencetus Kluster Kimolohing di Ranau yang melibatkan 49 kes positif COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata kes indeks bagi kluster jenis komuniti tersebut merupakan seorang lelaki tempatan yang dikesan positif COVID-19 pada 18 Okt lepas.

“Berdasarkan siasatan awal, kes indeks mengadakan majlis sambutan hari jadi pada 12 hingga 14 Okt lepas di rumahnya. Pada 16 Okt pula, kes indeks menghadiri majlis hari jadi di rumah saudaranya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Masidi berkata kes indeks mula bergejala sejak 17 Okt dan menjalani saringan pada hari berikutnya serta didapati positif.

Beliau berkata saringan kontak rapat telah dilakukan dengan 48 orang daripada lokaliti sama didapati positif menjadikan kumulatif sebanyak 49 kes.

Sementara itu, Masidi berkata 565 kes baharu direkodkan di negeri itu hari ini menjadikan kumulatif 215,079 kes manakala 820 pesakit sembuh sekali gus mencatatkan kumulatif sembuh 204,633 orang, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu