Nation
483
0

COVID-19: Majlis Konvokesyen UUM ke-33 dibatalkan

Alor Setar – Majlis Konvokesyen ke-33 Universiti Utara Malaysia (UUM) yang dijadual berlangsung bulan hadapan dibatalkan selaras dengan perkembangan semasa pandemik COVID-19 dalam negara.

Jabatan Hal Ehwal Akademik UUM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pembatalan majlis itu dilakukan setelah mengambil kira nasihat dan saranan Majlis Keselamatan Negara serta Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Pihak pengurusan UUM prihatin dengan perkembangan terkini penularan wabak COVID-19. Oleh itu, pihak pengurusan mengambil tindakan pengawalan dan pencegahan serta menekan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard demi kesihatan dan keselamatan warga UUM,” menurut jabatan berkenaan.

Graduan dinasihatkan melayari laman web rasmi Jabatan Hal Ehwal Akademik di www.hea.uum.edu.my bermula 5 Nov bagi mendapatkan maklumat berkaitan kaedah untuk memperoleh transkrip dan ijazah masing-masing. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu