Nation
138

Covid-19 : Malaysia rekod kes pertama mutasi berganda dari India

Petaling Jaya – Malaysia merekodkan kes pertama kemasukan varian Covid-19 dari India dengan mutasi berganda dikenali sebagai B.1.617.1.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dalam satu kenyataan berkata, mutasi itu dikenal pasti hasil analisis keseluruhan jujukan genom (WGS) selepas saringan dibuat di pintu masuk utama negara.

Menurutnya, ia melibatkan kemasukan seorang rakyat India yang melakukan saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Kumpur (KLIA).

“Varian ini mula ditemui di India pada 27 April lalu sebelum menular di sekurang-kurangnya 17 negara di seluruh dunia, tiga hari kemudian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Adham berkata, kes mutasi berganda itu difahamkan telah menyumbang hampir 60 peratus daripada penularan secara besar-besaran di India ketika ini. – Kosmo

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu