Nation
87

Covid-19: Nilai R-Naught meningkat kepada 0.94

Kuala Lumpur – Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau nilai R-Naught mengikut kes seharian di seluruh negara meningkat 0.94, setakat Isnin.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, nilai itu meningkat sebanyak 0.2 berbanding 0.92, Sabtu lepas.

Negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tinggi dan melebihi angka 1 adalah Kelantan 1.16, Pahang 1.14, Melaka 1.09, Sarawak 1.05, Kedah 1.03 dan Pulau Pinang 1.02.

Sementara itu, negeri yang mempunyai kadar kebolehjangkitan di bawah angka 1 adalah Johor 0.96, Sabah 0.95, Kuala Lumpur 0.94, Selangor 0.86, Negeri Sembilan 0.77, Perak 0.73 dan Terengganu 0.67.

Manakala Labuan dan Putrajaya masing-masing merekodkan satu kes COVID-19.
Perlis menjadi satu-satunya negeri yang tidak mempunyai kes COVID-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 13 Januari tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang paling tinggi direkodkan ialah 25 Mac apabila mencapai angka 1.0 – Astro Awani

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu