Social
260

Covid-19 : Pendakwaan terhadap Shamsubahrin ditangguh

Kuala Lumpur – Prosiding pendakwaan terhadap Datuk Shamsubahrin Ismail, yang dijadualkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, ditangguhkan berikutan Pengasas Perkhidmatan Premium Big Blue Taxi itu sedang menjalani kuarantin ekoran dijangkiti COVID-19.

Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas peguam Muhammad Noor Azfar Muhammad Noor Azmi memaklumkan anak guamnya telah menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah pusat perubatan malam tadi kerana tidak sihat dan selepas diuji, dia didapati positif COVID-19.

“Oleh itu, saya mohon satu tarikh baharu untuk pertuduhan dibacakan ke atas anak guam saya,” kata peguam itu.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Abd Muntaqim Abdul Aziz tidak membantah permohonan itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 27 Ogos depan untuk membacakan pertuduhan terhadap Shamsubahrin.

Semalam, media melaporkan seorang pemilik syarikat teksi bergelar Datuk akan didakwa di mahkamah hari ini, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu