Nation
80

Covid-19: Rakyat Malaysia bantu siasatan polis, antara 21 kes baharu di Singapura

Petaling Jaya –  Agung DAP Lim Guan Eng membidas kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki yang menganggap isu ‘kartel’ dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan masalah dalaman organisasi itu.

Guan Eng berkata, tindakan SPRM yang seolah-olah memandang ringan perkara itu adalah tidak boleh diterima apatah lagi ia didedahkan oleh Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador sebelum ini.

Tambahnya, rasuah tidak boleh dilihat sebagai masalah dalaman PDRM dan seharusnya diadili secara terbuka.

“Azam mengatakan bahawa SPRM tidak berniat untuk menyiasat skandal ‘kartel’ polis dengan alasan ia merupakan masalah dalaman di kalangan polis dan dengan demikian harus diselesaikan secara dalaman. Logik seperti itu adalah aneh dan tidak masuk akal.

“Rasuah bukanlah masalah dalaman yang harus diselesaikan secara dalaman tetapi jenayah yang mesti diselesaikan secara terbuka di mahkamah.

“Azam perlu tahu bahawa amalan terbaik antarabangsa terhadap rasuah, memerlukan badan bebas untuk menyiasat dan mengambil tindakan dan bukannya siasatan dalaman yang cenderung untuk meminimumkan atau menutup kesalahan yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Azam dalam temu bual bersama sebuah media tempatan berkata, pihaknya tidak akan mencampuri isu ‘kartel’ yang didakwa wujud dalam PDRM selain menganggap ia sebagai masalah dalaman organisasi itu.

Isu ‘kartel’ dalam PDRM didedahkan Abdul Hamid yang turut mendakwa wujud kumpulan yang ingin menjatuhkannya selaku KPN.

Selain itu, Abdul Hamid juga mendakwa terdapat bekas KPN yang menerima rasuah ketika masih berkhidmat dalam PDRM.

Terdahulu, Guan Eng mancadangkan agar suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat isu berbangkit itu.

Jelasnya, adalah penting agar institusi PDRM ‘dibersihkan’ daripada amalan rasuah dan salah guna kuasa.

“Oleh kerana SPRM enggan untuk bertindak, ada keperluan mendesak awam untuk menebus kegagalan SPRM dengan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi memastikan kita dapat mencari akar masalah ini dan membersihkan pasukan polis daripada ‘kartel’ polis yang kotor dan korup.

“Penutupan parlimen telah membuka ruang bukan hanya kepada menteri-menteri kerajaan, tetapi juga agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan seperti SPRM untuk lari daripada tugas dan tanggungjawab mereka demi kepentingan rakyat,” katanya lagi. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu