Nation
371

Covid-19: Satu kluster baharu libatkan majlis perkahwinan

Kuching – Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytiharkan satu lagi kluster baharu di daerah Kuching melibatkan majlis perkahwinan di Kampung Binyu, Jalan Tanjung Bako di sini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kluster itu dikesan susulan beberapa individu bergejala (kes ke-16,214; 16,194 dan 16,196), yang menjalani saringan COVID-19 di fasiliti kesihatan di daerah Kuching dan Bintulu didapati positif pada 30 Mac lalu.

Menurut jawatankuasa itu hasil siasatan mendapati, kes-kes berkenaan mempunyai sejarah menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Binyu.

Kenyataan itu juga menyebut hasil pengesanan kes secara aktif dan saringan ke atas semua kontak rapat, ahli keluarga dan kontak kasual kepada kes-kes tersebut, tambahan 65 kes positif COVID-19 telah dikesan.

“Sejumlah 231 individu telah disaring. Daripada jumlah itu 68 kes telah disahkan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 163 kes didapati negatif saringan pertama dan tiada kes menunggu keputusan makmal,” menurut JPBN.

Sementara itu, pada hari ini terdapat 290 kes jangkitan baharu COVID-19 dikesan di Sarawak dan satu kematian baharu dilaporkan. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu