Nation
99
0

Covid-19: Vaksin Pfizer-BioNTech selamat tiba

Kuala Lumpur – Kumpulan pertama bekalan vaksin Covid -19 Pfizer-BioNTech selamat tiba di Advanced Cargo Centre (ACC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tepat pukul 10 pagi.

Sejumlah 312,390 dos vaksin Comirnaty itu diterbangkan dengan penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) menggunakan pesawat Airbus 330-300.

Vaksin itu berlepas dari Puurs, Belgium dan transit di Leipzig Halle Airport, sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura untuk pengedaran ke negara-negara Asia Pasifik lain, termasuk Malaysia.

Ia di bawa dari kilang Pfizer di Belgium telah diuruskan oleh Pfizer dan DHL melalui perjanjian di peringkat global.

Setiba di Malaysia, pengedaran vaksin dikendalikan oleh DHL Express, yang juga merupakan ejen yang dilantik untuk pengedaran vaksin Pfizer BioNTech di peringkat global.

Sebaik tiba, ia dipindahkan terus dalam tempoh 30 minit bagi mengekalkan suhu ultra sejuk suhu -75°C (+/-15°C). Ia disimpan dalam bekas peranti beban unit (ULD) sebelum dipindahkan ke lori pengangkut dan dibawa ke pusat simpanan vaksin (PSV).

Ketibaan vaksin di KLIA akan disambut oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah. – Utusan Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu