Nation
202

Covid-19: Varian baharu dikenal pasti

Putrajaya – Kementerian Kesihatan mengesan kewujudan varian baharu di negara ini iaitu South African B.1.351 menerusi empat kes penularan tempatan positif COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata varian South African B.1.351 itu pertama kali dilaporkan di dunia pada Disember 2020 di dua negara iaitu United Kingdom dan Afrika Selatan.

Katanya, di Malaysia varian itu mula dikenal pasti pada Mac lalu dan ia mempunyai kaitan lokasi geografi dan berhubung rapat dengan Kluster Jalan Lima seperti yang ditunjukkan dalam analisis filogenetik.

“Dua kes dipercayai dari Kluster Jalan Lima yang membabitkan pekerja di sebuah syarikat berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Bagaimanapun, cara penularan atau jangkitan varian B.1.351 kepada pekerja kes berkenaan sukar untuk dikenal pasti dan disahkan. Selain itu satu kes dikesan dalam Kluster Kebun Baru serta satu kes lagi adalah ahli keluarga kepada kes positif COVID-19 yang tinggal serumah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu