Nation
131

Covid-19 : Waspada berita palsu borang pendaftaran vaksinasi

Kuala Lumpur – Orang ramai dinasihat supaya berhati-hati dengan penyebaran berita palsu mengenai borang pendaftaran vaksinasi COVID-19, lapor Bernama.

Kenyataan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di laman Facebook rasminya hari ini meminta orang ramai agar tidak menghiraukan sebarang perkongsian mengenai borang pendaftaran vaksinasi di aplikasi WhatsApp atau mana-mana platform tidak rasmi.

“Lindungilah data peribadi anda daripada sebarang pencerobohan. Anda hanya perlu merujuk saluran rasmi JKJAV untuk sebarang maklumat berkaitan vaksin COVID-19,” menurut kenyataan itu.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu