Social
165

Cuba bunuh bayi, Pengasuh direman 6 hari

Ipoh – Pengasuh yang disyaki mendera dan cuba membunuh bayi lelaki berusia tujuh bulan di sebuah rumah di Taman Desa Pelancongan, di sini, direman enam hari bermula semalam.

Perintah reman hingga 29 September ini dikeluarkan ke atas suspek berusia 22 tahun bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid ketika memaklumkan perkara itu turut memberitahu perkembangan keadaan mangsa.

“Bayi masih dalam keadaan kritikal tetapi stabil,” katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, media melaporkan polis menahan seorang pengasuh wanita tempatan disyaki mendera dan cuba membunuh bayi lelaki berusia tujuh bulan di sebuah rumah di Taman Desa Pelancongan.

Mior Faridalathrash dipetik sebagai berkata, terdahulu polis menerima laporan daripada bapa mangsa kira-kira jam 3.03 pagi.

Menurut laporan polis, bayi itu dikatakan dihantar bapanya ke rumah pengasuh terbabit pada jam 7.10 pagi Rabu lalu, dalam keadaan sihat dan baik.

Namun, bapa mangsa dihubungi pengasuh itu pada jam 2.35 petang hari sama supaya datang mengambil bayi berkenaan yang didakwa terjatuh dari ‘baby walker’.

Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan didapati mengalami pendarahan di kepala, selain tempurung kepala retak.

Polis menahan pengasuh terbabit dan berdasarkan maklumat awal, suspek dikatakan menghempas kepala bayi berkenaan sebanyak dua kali ke lantai kerana marah selepas mangsa menangis tidak berhenti sebelum itu, lapor BH Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu