Nation
406

Dakwaan Klang bandar paling tidak selamat adalah tidak benar : Polis

Shah Alam – Maklumat oleh satu artikel yang disiarkan di sebuah laman web mendakwa Klang sebagai bandar paling tidak selamat dan miliki kadar keselamatan paling rendah di Asia Tenggara, adalah mengelirukan dan tidak benar sama sekali, kata Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed.

Beliau berkata maklumat yang terkandung dalam artikel yang diterbitkan oleh ‘Numbeo’ berkaitan indeks jenayah (crime index) dan indeks keselamatan (safety index) itu tidak dapat dipastikan kesahihan dan sumbernya.

“Kaedah kajian secara kualitatif dan kuantitatif serta bilangan responden juga tidak mengambarkan atau mewakili keseluruhan masyarakat di daerah Klang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan agar tidak gusar atau bimbang dengan laporan yang dikeluarkan oleh laman web berkenaan kerana ia tidak menggambarkan statistik dan fakta sebenar jenayah di daerah Klang,” tambahnya, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu