Nation
504

Dakwaan MB Kedah pandu uji kereta ketika PKP disiasat

Bukit Mertajam – Polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Shafee Abd Samad berkata siasatan dilakukan menurut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Polis akan memanggil semua yang terlibat termasuk menteri besar,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, komuniti media sosial kecoh susulan penularan gambar dan video memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta, sedangkan negara kini berada di bawah sekatan pergerakan penuh yang mana pusat jualan dan pameran kenderaan tidak dibenarkan beroperasi. — Bernama

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu