Social
780

Dakwaan rogol pelakon, Bekas menteri ditahan

New Delhi – Seorang bekas menteri di Tamil Nadu, M Manikandan ditahan pada Ahad selepas didakwa merogol seorang pelakon wanita India yang berasal dari Malaysia.

Mangsa berusia 32 tahun membuat laporan polis terhadap Manikandan, 44, pada 28 Mei lalu.

Pasukan khas ditubuhkan untuk menangkap bekas menteri teknologi maklumat itu yang membawanya ke Chennai selepas ahli politik itu didakwa melarikan diri apabila Mahkamah Tinggi Madras menolak permohonan jaminannya.

Menurut polis, mereka sudah menyoal siasat Manikandan selama hampir dua jam Ahad lalu.

Manikandan didakwa mengikut pelbagai seksyen mengikut Kanun Keseksaan India antaranya merogol, menyebabkan keguguran tanpa persetujuan wanita), menyebabkan kecederaan, menipu dan ugutan jenayah.

Mangsa mendakwa dia dan Manikandan sudah mempunyai hubungan sejak lima tahun lalu dan lelaki berjanji mahu mengahwininya.

Wanita itu mendakwa Manikandan menyebabkan dia mengandung tiga kali dan memaksanya menggugurkan kandungannya.

Dia yang juga pelakon dalam industri filem Tamil mendakwa bekas menteri itu juga mengugut keluarga dan dirinya.

Mangsa mendakwa Manikandan mengugut mahu menyebarkan gambar dan video bogelnya jika dia enggan meninggalkan negara itu.

Pelakon itu mendakwa mengenali Manikandan pada 2017 melalui kenalan rapat ketika dia mempromosikan industri pelancongan di Malaysia manakala lelaki itu memegang jawatan Menteri Teknologi Maklumat Tamil Nadu ketika itu.

Manikandan, bagaimanapun menafikan semua dakwaan itu dan mengatakan tidak mengenali wanita itu langsung.

Dia juga mendakwa wanita itu hanya mahukan wang dan mahu merosakkan imejnya. — Agensi

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu