Nation
156

Darurat bolehkan Covid-19 diurus dengan baik : Hamzah

Putrajaya – Perisytiharan darurat telah membolehkan pengurusan COVID-19 di Malaysia dijalankan dengan baik antaranya menerusi pindaan beberapa akta khusus bagi membendung penularannya, katanya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Menegaskan kerajaan tidak mempunyai agenda tersembunyi dalam pengisytiharan darurat itu, Hamzah berkata antara akta yang dipinda ialah Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 bagi memastikan kemudahan perumahan untuk pekerja asing.

“Kalau tiada (darurat), mungkin semua ini tidak dapat dilakukan dan kemungkinan besar kita tidak dapat turunkan kes COVID-19 secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Mengenai Pengurusan Pekerja Asing, di sini hari ini bersama Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Hamzah berkata demikian sebagai mengulas tindakan Jawatankuasa Rayuan Tamatkan Proklamasi Darurat yang menghantar surat kedua kepada Istana Negara pada Selasa lepas, memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembah memorandum mendesak darurat ditamatkan.

Pada 12 Jan lepas, Al-Sultan Abdullah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan hingga 1 Ogos, sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu