Social
1K

Datuk cedera parah ditetak

Bukit Mertajam – Seorang Pengarah Eksekutif Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (LWHPP)  cedera parah selepas ditetak sekumpulan lelaki bersenjata dalam kejadian di hadapan rumahnya di Taman Alma, Machang Bubok, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad mengesahkan kejadian terbabit selepas menerima panggilan berhubung insiden itu.

Dalam kejadian jam 7 petang, Datuk M Ramachandran, 70 yang dikatakan keluar daripada kereta untuk masuk ke rumahnya dikejutkan dengan serangan mengejut berkenaan.

Akibat serangan itu, beliau dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) berikutan kecederaan yang dialaminya pada bahagian leher, peha, belakang kepala serta badan.

Shafee berkata, siasatan mendapati mangsa dipercayai diserang empat lelaki yang menggunakan senjata tajam sehingga mengalami kecederaan parah.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan mangsa kini dirawat di HBM yang mana keadaannya dilaporkan stabil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu