Social
356

Datuk didakwa tukar patung dewa kuil

Kuala Lumpur – Ahli perniagaan bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, di sini, hari ini atas pertuduhan pecah amanah membabitkan sebuah patung dewa dari sebuah kuil tiga tahun lalu.

Tertuduh, M Natarajen, 39, mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Diana Md Razali.

Mengikut pertuduhan, Natarajen sebagai ahli jawatankuasa kuil Sri Balathandayuthabani, Rantau, di sini, yang diamanahkan sebuah patung batu gabro Dewa Murugan untuk tujuan pembaikan melakukan pecah amanah jenayah berkaitan harta berkenaan dengan tidak mengembalikan patung asal tetapi menyerahkan patung lain ke kuil itu yang menyerupai patung asal.

Kesalahan dilakukan di kuil berkenaan dari April hingga Mei 2018.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun dan dengan sebat dan hendaklah juga dikenakan denda.

Timbalan Pendakwaraya Christopher Enteri anak Mawan menawarkan jaminan sebanyak RM200,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan.

Tertuduh yang diwakili tiga peguam diketuai M Manoharan merayu jaminan minimum iaitu sebanyak RM5,000 dengan alasan kes berkenaan adalah kes lama selain tertuduh juga memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis sepanjang siasatan.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan pasport perlu diserahkan kepada pihak mahkamah sehingga kes selesai dan perlu melaporkan diri pada hari Sabtu setiap bulan di balai polis terdekat.

Sebutan semula kes pada 10 November 2021, lapor BH Online.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu