Social
1K
0

Datuk tiri ditahan campak cucu lelaki dari apartment

Kuala Lumpur – Seorang suspek lelaki warga Nigeria ditahan kerana dipercayai mencampakkan cucu lelaki tirinya dari tingkat 3, di sebuah apartment di Danau Kota, Setapak, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata suspek yang berusia 42 tahun itu, ditahan di rumahnya sejurus selepas kejadian itu kira-kira 8 pagi tadi.

Beliau berkata kejadian itu berlaku apabila suspek cuba merogol salah seorang anak perempuan tirinya berusia 24 tahun, yang mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun.

“Mangsa (anak perempuan tiri suspek) ketika itu sedang tidur, namun perbuatan suspek telah dihalang oleh isteri dan tiga anak perempuan tiri suspek yang lain.

“Berang dengan kejadian itu, suspek telah mengamuk, memukul dan menghentak isteri dan empat anak tiri suspek yang berada di dalam rumah,” katanya kepada Bernama hari ini. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu