Social
380

Deretan gerai di Pasar Datuk Keramat terbakar

Kuala Lumpur – Satu deretan gerai di Pasar Datuk Keramat, di sini, terbakar, petang tadi.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada kemalangan jiwa terbabit dalam kejadian itu,

Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Suhaimi Mohd Razali, berkata bomba yang menerima laporan kejadian pada jam 5.26 petang, menggerakkan lima jentera FRT, dua jentera ‘water tanker’ dan satu jentera Aerial Ladder Platform (ALP) bersama 58 anggota ke lokasi.

Katanya, empat pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat, BBP Setapak, BBP Wangsa Maju dan BBP Jalan Hang Tuah terbabit dalam operasi memadam kebakaran.

“Kebakaran membabitkan deretan gerai di pasar terbabit. Operasi mengawal dan memadam kebakaran masih dijalankan di lokasi,” katanya. – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu