Nation
278

‘Derma Arab’ adalah satu penipuan : TPR

Putrajaya – Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram hari ini memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak mengembalikan sebahagian ‘derma Arab’ kononnya kepada pengirim tanpa sebarang penjelasan atau surat ucapan terima kasih menunjukkan derma Arab itu adalah satu penipuan.

Beliau berkata jika itu adalah sumbangan daripada Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud mengapa ia harus dikembalikan kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai Tanore Finance Corp.

“Raja itu tidak pernah meminta wang itu dikembalikan. Malah, perayu (Najib) berkata wang itu didermakan oleh Raja Arab Saudi untuk memastikan Malaysia boleh menjadi model negara Islam yang stabil dan moden.

“Adalah ‘benar-benar pelik’ bagi Najib untuk memulangkan derma sebanyak RM2.6 bilion (US$620 juta) daripada Raja kepada sebuah syarikat.

“Ini adalah cubaan terdesak untuk menyokong kes pembelaan. Najib, dalam keterangannya, menyatakan ia adalah ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho yang memintanya memulangkan duit itu kepada Tanore,” katanya. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu