Kuala Lumpur Post

Nation

Dewan Rakyat mula bersidang 26 Februari

KUALA LUMPUR — Dewan Rakyat akan bersidang selama 69 hari pada tahun ini dengan sidang pertama selama 19 hari bermula pada 26 Februari hingga 27 Mac.

Semakan di Portal Rasmi Parlimen Malaysia menunjukkan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 akan bermula pada 26 Februari dengan Titah Diraja sempena istiadat Pembukaan Penggal Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong.

Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja akan menyusul keesokannya manakala mulai 11-14 Mac penggulungan oleh menteri-menteri berkaitan.

Mulai 18-27 Mac adalah pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) kerajaan. Ketika ini Dewan Rakyat akan bersidang serentak dengan Dewan Negara.

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15 akan berlangsung dari 24 Jun hingga 18 Julai (15 hari), diikuti Mesyuarat Ketiga pada 7 Oktober hingga 5 Disember, selama 35 hari.

Belanjawan 2025 dijadualkan dibentangkan pada 11 Oktober jam 4 petang.

Pada mesyuarat penggal kedua tahun lalu, Dewan Rakyat bersidang selama 74 hari.

Tags: , , ,