Social
225

Didakwa rogol, liwat cucu saudara

Kuala Terengganu – Seorang peniaga kedai makan yang dituduh merogol dan meliwat cucu saudaranya berusia tujuh tahun bulan lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, hari ini.

Tertuduh berusia 56 tahun membuat pengakuan itu sebelum mohon dibicarakan selepas dua pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Tertuduh didakwa merogol mangsa berusia tujuh tahun di dalam sebuah kedai makan di Kuala Nerus, jam 7 malam pada 23 Februari lalu.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan (KK) itu, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Selain itu, tertuduh turut didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa di lokasi, masa dan tarikh sama.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 377C KK, berdepan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 19 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin.

Selain itu, tertuduh turut dikenakan syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada 1 dan 15 hari bulan setiap bulan serta tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sepanjang prosiding berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh diwakili peguam, Masliela Ismail daripada Tetuan Ghazali Ismail & Co. – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu