Social
209

Dihalau dari kampung gara-gara tonton filem lucah

Pyongyang –  Sebuah keluarga di daerah Sinujiu di Korea Utara dilaporkan dihalau dari kampung selepas anak lelaki mereka ditangkap menonton filem lucah.

Daily NK melaporkan, remaja terbabit dikesan menonton filem berkenaan pada waktu malam bagi mengelak dikesan oleh ahli keluarganya.

Namun, anggota keselamatan yang ditugaskan menjalankan pemantauan mengesan aktiviti mencurigakan itu.

Remaja lelaki itu kemudian ditahan dan dia didapati bersalah.

Sebagai hukuman, remaja itu bersama ahli keluarganya diusir dari kampung berkenaan.

Namun, bagi penduduk di bandar, hukuman dikenakan itu dianggap terlalu berat kerana keluarga yang diusir akan hilang mata pencarian.

Malah, mereka juga sukar untuk mendapatkan tempat tinggal kerana sumber kewangan yang terhad.

Bukan itu saja, mereka yang didapati bersalah juga akan dianggap sebagai penjenayah oleh masyarakat setempat.

Di Korea Utara, rakyatnya diingatkan supaya tidak menyimpan material hiburan seperti muzik dan filem dari Korea Selatan.

Negara berkenaan mengawal ketat kemasukan maklumat untuk rakyatnya, malah akses internet juga terhad kepada golongan tertentu saja.

Dalam pada itu, Korea Utara secara rasmi melaporkan negara itu masih tidak merekodkan kes positif Covid-19.

Ia selepas pihak berkuasanya menutup sempadan negara itu dengan China sejak penularan virus itu. – Harian Metro

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu