Social
289

Dipukul kerana gagal lunaskan bil hospital

Klang – Pergaduhan sekumpulan individu melibatkan penggunaan topi keledar di hadapan sebuah hospital swasta di sini disebabkan gagal melunaskan bil hospital.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, motif kejadian tersebut hasil siasatan terhadap dua suspek yang ditahan pihaknya susulan penularan video pergaduhan berdurasi 14 saat, semalam.

Katanya, berdasarkan siasatan berlaku kemalangan antara seorang warga tempatan yang menaiki sebuah motosikal dengan warga asing dipercayai Afrika yang menaiki kereta sebelum ini.

“Lelaki warga Afrika itu didapati gagal melunaskan bil rawatan hospital bernilai RM1,500 kerana hanya mempunyai RM500 sahaja.

“Mangsa yang tidak berpuas hati telah memanggil suspek hadir ke hospital sebelum berlakunya pergaduhan itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Beliau menambah, dua suspek lelaki berusia 25 dan 26 tahun yang ditahan pukul 6 petang semalam di sekitar daerah ini kini direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Shamsul Amar menegaskan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – Kosmo Online

 

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu