Social
476

Ditahan selepas 6 jam lari dari hospital

Kuching – Seorang pesakit COVID-19 ditahan selepas enam jam melarikan diri dari Hospital Umum Sarawak (HUS) hari ini.

Lelaki berusia 28 tahun itu disedari hilang dari Wad Perubatan Lelaki di Tingkat 6 HUS, pada jam 8.15 pagi tadi.

Kakitangan HUS cuba menghubungi telefon bimbit lelaki yang berasal dari Kampung Tambirat Hilir, Asajaya itu, namun gagal.

Berikutan itu, pihak hospital kemudiannya menghubungi Balai Polis Sentral, Kuching untuk mendapatkan bantuan mengesan lelaki terbabit.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, berkata susulan maklumat itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching menubuhkan pasukan khas untuk melancarkan Ops Kesan.

Beliau berkata, pasukan terbabit berjaya mengesan lelaki itu di kawasan berdekatan tebing sungai di Satok kira-kira jam 2.30 petang.

“Lelaki itu sudah diserahkan semula kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM)” katanya.

Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Kawalan Penyakit Berjangkit. — BH Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu