Social
272

Doktor anti vaksin maut dijangkiti Covid-19

Nairobi –  Akibat tidak percayakan vaksin, seorang doktor Kenya akhirnya maut selepas dijangkiti Covid-19.

Doktor terbabit pernah mencetuskan kontroversi kerana mengadakan pelbagai kempen menentang penggunaan dan keberkesanan vaksin virus itu.

Pengerusi Persatuan Doktor Katolik Kenya, Dr Stephen Karanja, sebelum mengesyorkan penyedutan wap dan ubat hidroksiklorokuin serta mempertikaikan keberkesanan suntikan Covid-19.

Bagaimanapun, pihak berkuasa kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menolak dakwaannya itu.

Pakar perbidanan dan sakit puan (O&G) itu maut pada Khamis lalu selepas seminggu dimasukkan ke hospital akibat komplikasi jangkitan Covid-19.

Sebelum berselisih pendapat dengan pengikut gereja katolik di Kenya mengenai keselamatan dan keberkesanan vaksin Covid-19, Dr Karanja sering bekerjasama dengan pemimpin agama dalam menentang kempen vaksinasi.

Dalam surat bertarikh 3 Mac lalu, Dr Karanja menjelaskan ada ubatan yang boleh digunakan kembali dan secara efektif untuk mengubati Covid-19 sekali gus menolak keperluan vaksin.

Malah, beliau turut menganjurkan forum berbeza tentang rawatan alternatif termasuk penyedutan wap dan ubatan seperti hidroksiklorokuin dan ivermectin yang belum mendapat pengesahan WHO dalam merawat Covid-19.

“Vaksin yang diedarkan di Kenya sudah dikaji dan disahkan selamat bukan hanya melalui proses ketat dari WHO sahaja tetapi pihak berkuasa pengawalan,” kata WHO pada Mac seperti dipetik portal BBC News.

Malah Persidangan Katolik Kenya juga tidak sependapat dengan Dr Karanja apabila mengesahkan vaksin itu boleh diterima dan sah.

Kenya menerima lebih satu juta dos vaksin Covax, yang kebanyakannya sudah diberikan.

Negara itu merekodkan lebih 160,000 kes jangkitan Covid-19 dengan 2,707 kematian.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu