Nation
77
0

Doktor gigi nafi ubat kumur bunuh virus Covid-19

Kuala Lumpur – Kementerian Kesihatan Malaysia  (KKM) menafikan ubat kumur yang berada di pasaran mampu membunuh virus Covid-19.

Memetik kenyataan pakar pergigian Dr Iqbal Rosali, penggunaan ubat kumur hanya sebagai langkah pencegahan yang digariskan oleh KKM.

Di klinik gigi, kami sudah amalkan benda ini. Sebelum buat rawatan yang menghasilkan aerosol (tampalan, scaling), kita akan minta pesakit berkumur dulu dengan ubat kumur.

“Benda ini adalah sebagai langkah untuk mencegah penyebaran virus Covid-19 bila buat rawatan yang menghasilkan aerosol.

“Ingat, benda ini sebagai langkah pencegahan. Bukan rawatan untuk Covid-19. Sama macam kita gunakan pembasmi kuman, sama macam kita basuh tangan dengan sabun,” katanya.

Sebelum ini, KKM tular di media sosial poster mendakwa pakar Malaysia menemui ubat membasmi Covid-19.

Poster berkenaan mendakwa penggunaan ubat kumur tiga kali sehari mampu membunuh virus Covid-19 dan penemuan berkenaan sudah diserahkan kepada KKM.

Dr Iqbal berkata penggunaan ubat kumur sama peranannya dengan pembasmi kuman yang mengandungi alkohol.

“Persoalannya sekarang, virus Covid-19 ada dalam tubuh badan orang yang dijangkiti. Macam mana dengan berkumur sahaja boleh hapuskan virus ini.

“Memang ada kajian berkaitan penggunaan bahan ini dan kaitannya dengan virus Covid-19, tetapi hingga hari ini masih belum ada apa-apa bukti penggunaan ubat kumur merawat sepenuhnya virus ini,” katanya lagi. – Malay Mail

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu