Kuala Lumpur Post

Social

Doktor, suami ditemukan meninggal dunia di rumah

SEREMBAN — Seorang doktor gigi dan suaminya yang juga warga asing ditemukan mati di rumah mereka di kondominium Jalan Keliling di sini, hari Selasa.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kematian wanita berusia 31 tahun dan suaminya berusia 34 tahun itu pada jam 12.49 tengah hari.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua mereka adalah suami isteri yang mana lelaki terbabit berkhidmat sebagai tenaga pengajar di sebuah sekolah antarabangsa Port Dickson manakala isterinya, doktor di sebuah klinik pergigian di Linggi.

“Siasatan di tempat kejadian dan pemeriksaan pada tubuh badan kedua-dua si mati tiada sebarang unsur jenayah yang dikesan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, mayat pasangan terbabit dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini untuk bedah siasat.

Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Adi Khusaini Saripudin di talian 012-770 7282 atau Ibu Pejabat Daerah Seremban di 06- 6033 222.

Tags: , , ,