Nation
477

Doktor tampil jawab persoalan warna jarum vaksin bertukar

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi rakyat Malaysia pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 semalam.

Disiarkan secara langsung, mata orang ramai terlihat kepada jururawat yang membuat persediaan apabila picagari untuk menyedut vaksin pada awalnya berwarna biru, namun bertukar merah ketika menyuntik lengan Muhyiddin, menyebabkan ramai tertanya-tanya.

Menjawab persoalan itu, seorang doktor tampil menjelaskan sebab dua warna jarum suntikan bertukar.

Dr Fakhrul Radzi di Twitter berkata, menyedut cecair vaksin menggunakan jarum biru atau hijau adalah perkara biasa, dan kemudiannya jarum itu akan dibuang bagi mengelakkan risiko bakteria.

Katanya, seterusnya picagari akan digantikan dengan jarum baru yang diambil dari balutan plastik untuk mengekalkan steriliti atau kebersihan.

Tambahnya, kebiasaannya jarum yang dipakai untuk menyedut cecair dari botol lebih besar daripada jarum lebih halus yang disuntik ke dalam kulit individu.

“Kita sebenarnya takut pada benda yang kita tidak tahu.

“Jadi apa yang perlu kita buat, cari tahu. Ambil tahu, belajar dari orang yang tahu, dan banyakkan meneliti dari bagi komen yang melulu,” catat Dr Fakhrul Radzi.

Beliau turut memuat naik gambar jarum suntikan yang berbeza saiz mengikut warna.

Hantarannya sejak semalam dikongsi lebih 12,000 kali dan disukai lebih 9,000 pengguna Twitter. – Malay Mail

 

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu